Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh....
Di sini ana ingin kongsikan, beberapa syarahan ana untuk
subjek syarahan di sekolah tempoh hari.. Ana rasakan ini bukanlah setakat
sebuah syarahan tetapi sesuatu yang memberi
kesan di hati ana dan wajib ana praktikkan.. Ilmu bukan setakat di mulut
tetapi harus di jelmakan sebagai amalan..“Di dalam al-Quran, Allah Taala sering
sekali menyebutkan amal soleh beriringan dengan iman. Allah juga mencela
orang-orang yang mengatakan apa-apa yang mereka tidak kerjakan. Dan Allah
mengkhabarkan bahawa perbuatan seperti itu sangat dimurkaiNya.”Allah SWT
berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang
tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah kerana kalian
mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (QS Ash Shaff: 2~3)..Semoga ana
di jauhkan dari sifat2 yang sedemikian rupa..Nauzubillah..
TAJUK: KENAPA KITA HARUS CINTA KERANA ALLAH.
AU’ZUBILLAHIMINASHSYAITANNIRROJIM,
INNALHAMDALILLAH…
JAZAKILLAH KHAIR DIUCAPKAN KEPADA CIK PENGERUSI MAJLIS,YANG
DIHORMATI UMMI WAN LUQMAH SELAKU MUDIRAH UNIDAS,YANG DISEGANI CHE’ WAN
NORBAINAH SELAKU PENOLONG KANAN UNIDAS,YANG DIHARGAI SAFF USTAZAH,SAFF NAQIBAT
SERTA DHOBITAH,YANG DISAYANGI SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN MARHALAH AL-MAUIZAH
& TIDAK LUPA JUGA KEPADA PARA HADIRAT YANG DIKASIHI KERANA ALLAH SEKELIAN.
ABDAU BIKAALIMAATIL KARIMAH.
BISMILLAHI WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH WALLAHUAKBAR.
SETINGGI KESYUKURAN DIRAFA’KAN KEHADRAT ILAHI RABBIL ‘ALAMIN
KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN KASIH SAYANGNYA,DIA MASIH LAGI MEMBERI KITA
KESEMPATAN UNTUK MENERUSKAN PROGRAM SYARAHAN INI.SELAWAT DAN SALAM DIUCAPKAN
KEPADA JUNJUNGAN MULIA RASULULLAH SAW.BERDIRINYA ANA DI ATAS MIMBAR PADA PAGI
INI,BERTANGGALKAN 02 FEBRUARY 2012 MASIHI BERSAMAAN 09 RABIUL AWAL 1433 HIJRAH
ADALAH UNTUK MENYAMPAIKAN KEPADA ANTUNNA SEBUAH SYARAHAN YANG BERTAJUK ‘KENAPA
KITA HARUS BERCINTA KERANA ALLAH? PARA HADIRAT YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH
SEKELIAN MANUSIA DAN CINTA MEMANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN KERANA PERASAAN UNTUK
BERKASIH SAYANG,BERCINTA DAN DICINTAI ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG FITRAH KEPADA
SETIAP MANUSIA.SEPERTI YANG KITA LIHAT PADA ZAMAN INI,MANUSIA SUDAH HILANG
FITRAH CINTA YANG SEBENAR YANG BERPAKSIKAN CINTA KERANA ALLAH.. TETAPI,MEREKA
MENCINTAI SESEORANG DISEBABKAN HARTA,KECANTIKAN,PANGKAT,HAWA NAFSU DAN
SEBAGAINYA,SEHINGGA SANGGUP MENGIKUT KATA-KATA DAN PERASAAN TEMANNYA MELEBIHI
ALLAH DAN RASULULLAH SAW. CONTOH DUA ORANG TEMAN BERCINTA BUKAN KERANA ALLAH
IALAH AKAN TIMBUL PERASAAN HASAD DENGKI,KESAL,KECEWA ATAU SAKIT HATI APABILA
MELIHAT TEMAN AKRABNYA BERSAHABAT DENGAN ORANG LAIN.PERKARA INI BUKANLAH YANG
DIMAKSUDKAN DENGAN CINTA KERANA ALLAH KERANA PERCINTAAN BATIL SEPERTI INI HANYA
AKAN MENJERUMUSKAN KITA KEARAH KEBURUKAN YANG BOLEH MENCEMARKAN KEMURNIAAN
AQIDAH DAN IMAN.. LALU,BAGAIMANAKAH CINTA YANG MAMPU MELINDUNGI DUA ORANG
MANUSIA UNTUK SALING MENGASIHI ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM SUKA ATAU DUKA
KERANA ALLAH SWT? ALLAH SWT TELAH MENGUTUS RASUL UNTUK MENGAJAR DAN MENJADI
CONTOH KEPADA MANUSIA CARA-CARA UNTUK BERCINTA YANG SEBENAR YANG BERLANDASKAN
CINTANYA.OLEH ITU SAYA INGIN MENSYARAHKAN TIGA PERKARA KENAPA KITA HARUS
BERCINTA KERANA ALLAH YANG AKAN DIKUATKAN LAGI DENGAN NAS DARI AL-QURAN &
AS-SUNNAH SEBAGAI BUKTI.
HADIRAT YANG DICINTAI KERANA ALLAH SEKELIAN,
CINTA KERANA KEBESARAN ALLAH MERUPAKAN PERINTAH ALLAH SWT
SERTA KEIMANAN YANG SEBENAR KEPADANYA.SEBAGAIMANA SEBUAH HADITH YANG
DIRIWAYATKAN DARI AL-BUKHARY & MUSLIM YANG BERMAKSUD; RASULULLAH SAW
BERSABDA; “TIDAK BERIMAN SESEORANG KAMU SEHINGGA AKU LEBIH DICINTAINYA DARIPADA
IBU BAPANYA,ANAKNYA DAN MANUSIA SELURUHNYA.”
RASULULLAH
MENYATAKAN DIDALAM HADITH INI BAHAWA TIADA KEIMANAN BAGI SESEORANG MANUSIA SELAGI
DIA MENCINTAI RASULULLAH MELEBIHI MANUSIA LAIN KERANA MENCINTAI RASULULLAH
BERERTI MENCINTAI ALLAH SWT.
FIRMANULLAH FIL KITABIL ‘AZIZ,
KATAKANLAH JIKA KAMU BENAR-BENAR MENCINTAI ALLAH ,IKUTILAH
AKU,NESCAYA ALLAH MENGASIHI DAN
MENGAMPUNI DOSA-DOSAMU.DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA PENYAYANG.
INILAH KECINTAAN SEBENAR YANG YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH
IAITU APABILA HENDAK BERCINTA HARUS MELETAKKAN ALLAH DAN RASUL PADA TAHAP
PERTAMA,IAITU DENGAN MENTAATI DAN MENGUTAMAKAN SEGALA PERINTAHNYA MELEBIHI YANG
LAIN SERTA MENJAUHI SEGALA LARANGANNYA.
TAHAP KEDUA
SELEPAS MENCINTAI ALLAH & RASUL IALAH CINTA ATAU TAAT KEPADA IBU BAPA
SELAGI MEREKA BERADA DIJALAN YANG BENAR.TETAPI APABILA SUDAH BERSUAMI,MAKA
TAHAP KEDUA JATUH KEPADA SUAMI IAITU WAJIB MEMATUHI SUAMI MELEBIHI IBU BAPA,KEMUDIAN
BARULAH MENCINTAI MANUSIA YANG LAIN.SETELAH ALLAH DAN RASUL DICINTAI DARI
SEGALANYA,MAKA SECARA AUTOMATIK DIA AKAN MENCINTAI SESAMA MANUSIA JUGA KERANA
ALLAH DAN RASUL DAN INILAH YANG DIPANGGIL KEIMANAN YANG JUJUR.
HADIRAT YANG DICINTAI KERANA ALLAH SEKELIAN,
CINTA KERANA ALLAH DAPAT MENAIKKAN DARJAT KITA KETAHAP YANG
TINGGI SERTA NAUNGAN ALLAH DIAKHIRAT KELAK.INILAH KENIKMATAN YANG ALLAH BERIKAN
DIAKHIRAT KEPADA ORANG YANG BERCINTA DIDUNIA KERANANYA.DALIL YANG MENGUATKAN
KENYATAAN SAYA TADI IALAH DARI HADITH YANG DIRIWAYATKAN OLEH AT-TIRMIZI YANG
BERMAKSUD; MUADZ R.A BERKATA:SAYA TELAH MENDENGAR RASULULLAH SAW BERSABDA,ALLAH
BERFIRMAN; “MEREKA YANG CINTA KASIH KERANA KEBESARANKU MEMPUNYAI BEBERAPA
MIMBAR DARI CAHAYA,YANG DIINGINKAN OLEH PARA NABI DAN ORANG-ORANG MATI SHAHID”.
BERDALIL KEDUA,RASULULLAH SAW BERSABDA; “PADA HARI KIAMAT
ALLAH AKAN FIRMAN; “DIMANAKAH ORANG YANG BERKASIH SAYANG KERANA
KEBESARANKU?KINI AKU NAUNGI DIBAWAH NAUNGANKU,PADA SAAT TIADA NAUNGAN KECUALI
NAUNGANKU.(HR MUSLIM)
HADIIRAT SEKELIAN,
CINTA KERANA ALLAH DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SESAMA
MUSLIM SERTA DAPAT MENAIKKAN SEMANGAT UNTUK BERJUANG DENGAN ISLAM.APABILA IA
MELIHAT SAHABATNYA DIDALAM KESUSAHAN ATAU PUTUS ASA,DIA AKAN MEMBANTU DENGAN
MEMBERIKAN KATA SEMANGAT,DORONGAN DAN DOA AGAR KEMBALI KEJALAN YANG
DIREDHAI,DAPAT MENGAWAL HAWA NAFSU DAN SALING INGAT MEMPERINGATI KETIKA SUSAH
ATAU SENANG.PERSAHABATAN SEPERTI INILAH YANG DIPANGGIL SAHABT SEJATI KERANA IA
SEDAR BAHAWA BERSAHABAT DIDUNIA HANYALAH SEMENTARA & AKAN BERPISAH.MANAKALA
AKAN BERTEMU PULA DISYURGA UNTUK MENJADI SAHABAT SETIA
SELAMA-LAMANYA.TELADANILAH PERBUATAN RASULULLAH SAW YANG SUNGGUH MULIA INI
KEPADA SAHABAT YANG PALING DICINTAINYA, MUADZ R.A BERKATA:RASULULLAH MEMEGANG
TANGANKU SAMBIL BERSABDA:“HAI MUAZ,SUNGGUH SAYA KASIH PADAMU DAN INGIN BERPESAN
PADAMU, JANGANLAH KAU TINGGAL SETIAP KALI SELEPAS SHALAT MEMBACA: YA
ALLAH!TOLONGLAH SAYA UNTUK TETAP BERZIKIR KEPADAMU DAN BERSYUKUR PADAMU DAN
MENYEMPURNAKAN IBADAT KU KEPADAMU.” (HADITH SHAHIH RIWAYAT ABU DAUD &
NASAAI)
SUBHANALLAH, KENAPAKAH RASULULLAH MELAKUKAN HAL DEMIKIAN?
SEMAKLAH APA YANG ALLAH TELAH JELASKAN DALAM AL-QURAN,SURAH AZ-ZUKHRUF AYAT 67:
TEMAN-TEMAN AKRAB PADA HARI ITU(HARI KIAMAT) SEBAHAGIANNYA MENJADI MUSUH KEDADA
SEBAHAGIAN YANG LAIN KECUALI ORANG-ORANG YANG BERTAKWA.
YA! ITULAH CINTA YANG DISEMAI DENGAN IMAN DAN TAKWA.DUA
ORANG TEMAN KARIB,SEPASANG SUAMI ISTRI,IBU DAN ANAK,KAKAK DAN ADIK, SEMUANYA
MAMPU MELESTARIKAN CINTA KASIH MEREKA APABILA DIBALUTI DENGAN KEIMANAN DAN
KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWT.
HADIRAT YG DIMULIAKAN KERANA ALLAH SWT,
KETAHUILAH BAHAWA CINTA KERANA ALLAH AKAN MEMBERIKAN
KETENANGAN KEPADA HATI DAN JIWA KERANA IA DAPAT MEMBUANG DAN MENGHINDARI
DOSA-DOSA YANG BERPUNCA DARI PENYAKIT HATI. FIRMANULLAH FILKITABIL MUBIN,SURAH
ALI IMRAN-31 :JIKA KAMU CINTA KEPADA ALLAH,MAKA IKUTILAH AJARANKU NESCAYA KAMU
DIKASIHI ALLAH, DAN DIAMPUNKAN DOSA-DOSAMU DAN ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA
PENYAYANG.
CINTA SYIRIK , YAKNI MENCINTAI & MELETAKKAN MANUSIA
DIPERINGKAT YANG MELEBIHI ALLAH SWT,JUGA MERUPAKAN DOSA BESAR DIMANA DOSA YANG
TIDAK AKAN DIAMPUNKAN OLEH ALLAH DAN AKAN KEKAL DALAM NERAKA KECUALI SETELAH
BERTAUBAT.JAUHILAH SEDAYA UPAYA DARI PERKARA INI KERANA RASULULLAH SAW
BERSABDA: “TIADA KETAATAN SESAMA MAKHLUK DALAM PEKARA MAKSIAT TERHADAP ALLAH
YANG MAHA PENCIPTA” (HR IMAM AHMAD & AL-HAKIM)
HADIRAT YG DIRAHMATI ALLAH,
KESIMPULAN DARI APA YANG ANA SAMPAIKAN TADI IALAH ANA INGIN
MENGONGSIKAN KEPADA ANTUNNA BEBERAPA JALAN UNTUK MEMUPUK KASIH SAYANG SESAMA
MUSLIM, IAITU DENGAN AFSHUS SALAM YAKNI MENYEBARKAN SALAM,SALING MEMBERI
HADIAH,MEMBERIKAN SENYUMAN DAN SALING BERSANGKA BAIK TERHADAP
SAHABAT.BERMUJAHADAHLAH UNTUK MERAIH SALAH SATU NAUNGAN DARI 7 GOLONGAN YANG
MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DIAKHIRAT KELAK YAKNI DUA ORANG YANG BERKASIH SAYANG
KERANA ALLAH BAIK DIWAKTU BERKUMPUL ATAU BERPISAH, KERANA ORANG YANG MENCINTAI
KERANA ALLAH APABILA IA TERPISAH JUGA KERANA ALLAH. BERDOALAH KEPADA ALLAH AGAR
DIMILIKI HALAWATUL IMAN DENGAN MENCINTAI SESAMA MANUSIA HANYA KERANA ALLAH.
DENGAN SIAPAPUN KITA BERTEMAN JADILAH SEPERTI LEBAH KERANA IA AKAN MEMILIH
TITIS MADU YANG TERBAIK,DARI SARI TERBAIK & AKHIRNYA MENGHASILKAN CAIRAN
MADU YANG TERBAIK. PILIHLAH TEMAN YANG BAIK & BERIKAN APA SAJA YANG TERBAIK
SEHINGGA YANG DIHASILKAN IALAH PERSAHABATAN TERBAIK YANG MEMBAWA KEPADA
KEBAHAGIAAN DITAMAN FIRDAUSI.ITULAH NIKMAT CINTA YANG TIADA TANDINGANNYA, YANG
HAKIKI & ABADI. AKHIR KATA, DIKESEMPATAN INI ANA INGIN MENGUCAPKAN KEPADA
ANTUNNA ‘UHIBBUKUNNAFILLAH’. INSYAALLAH.
SEKIAN WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH WARIDHO WALINAAYAH
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.
No comments:
Post a Comment