AHLAN WA SAHLAN! Anda adalah pelawat ke...

Keluargaku



                      KELUARGA ANA YANG AMAT DISAYANGI DUNIA AKHIRAT!


Keluarga ana terdiri seramai 12 orang.Tapi setelah berlangsungnya 3 perkahwinan kini telah bertambah menjadi  23 orang.. Kini ana mempunyai 2 abang ipar, seorang kakak ipar dan 8 orang anak saudara yang comel-comel..

  Inilah abah dan mama ana.. Abah bernama Raden Anwar Md Yassin, Mama pula Sahara Dahri..


  Ini kakak sulung ana dan keluarganya. Namanya Ummi Khadijah dan suaminya Rozani Bin Sarwani tapi kami panggil dia Abg Lan..Mereka telah mempunyai 6 cahayamata..3 lelaki dan 3 perempuan..sungguh adil dan saksama..hehe..




Ini kakak kedua ana. Namanya Fatimah, zauj dia pula Muhammad Ariffin dan baby cute tu pula namanya Hanna Al-Hamra'..Dia bekerja sebagai guru dan suaminya seorang technition..Seorang kakak yang cool dan berdedikasi,,



Ini lah abang sulung ana.Dia anak ketiga dalam adik beradik..Namanya Muhammad..Inilah keluarga kecilnya.. Zaujahnya bernama Sakinah Bt Rafie..Dan baby boy cute tu namanya Mirza..Abg ana ni seorang guru dan motivator,juga mempunyai bisnes sendiri iaitu syarikat kereta sewa..Rutin nya setiap hari sangat2 lah sibuk..Mudah2han Allah permudahkan semua urusannya..





Ini pula abang ana yang kedua..Namanya Hamzah..Tahun ni umur dia 25 tahun..Abang ana yang sorang ni IQ nya Subhanallah..pandai dan  bijak dalam pembelajaran..Semoga anugerah yang diberi Allah kepadanya itu ditujukan kepada jalan Islam serta kebajikan ummah..Dia masih sedang dalam pencarian calon isteri solehah yang mampu untuk menjaga dirinya dan juga untuk anak-anaknya kelak..semoga Allah pertemukannya..



Huzaifah..Abang yang ketiga..Beliau berumur 23 tahun dan telah bersanding dengan bidadari di syurga bertanggalkan 13 april 2010...wewangian dan wajah ketenangan telah mengiringi kepergianya..Nantikan kehadiran kami disana wahai abangku.Insya Allah..




Abang ana yang keempat ini namanya Hasan.Umurnya 21 tahun..Sedang melanjutkan pelajaran di Mahad  Al-Irsyad,Indonesia,,beliau sedang bersedia untuk 'practical teaching' disana..Doaku semoga kamu menjadi insan yang berjasa kepada agama,keluarga dan masyarkat serta dapat menolong agama Allah agar tertegak dibumi penuh fitnah dan dugaan ini.Beliau juga masih single and available..Sesiapa yang ada anak yang sesuai..Bolehlah pm ana ye..(lagak mcm ibu2)hehe..




Namanya  Aisyah.Gelarannya pula Humaira'.beliau ialah kakak di atas ana..Umurnya 19 tahun..Masih menyambung pembelajarannya di sebuah sekolah tahfiz di Pasir Putih,Kelantan..Beliau bercita-cita untuk membuka sebuah madrasah kecil untuk membangunkan sebuah institusi Islam yang shahih serta sedang dalam proses peningkatan diri..Semoga Allah menguatkan dirinya untuk menjadi seorang mujahidah yang berjaya didunia dan diakhirat..


Haa..cuba teka ni siape..huhu..ana anak kelapan..umur 17 dan masih study..nak tahu lebih lanjut,,silalah ke laman Tentang Diri..


Ini pula adik dibawah ana.Namanya Fatinah yang bermaksud yang bijaksana..Beliau berjarak dua tahun dengan ana..Beliau seorang yang bijak dan cerdas..sudah menghafal Al-Quran sebanyak 13 juzu'..Semoga menjadi seorang adik yang berjaya dunia dan akhirat,berakhlak mulia,bersopan santun dan penguat semangat ketika lemah..


Ummu Afiah nama diberi..Beliau penutup adik-beradik..berumur 12 tahun baru menghadapi ujian peperiksaan UPSR...nampaknya beliau tidak sabar-sabar untuk menghafal Al-Quran seperti kakak2nya..InsyaAllah akan melanjutkan pengajian disekolah tahfiz..Gemar membaca buku dan sanggup membacanya walaupun setebal 1000 muka surat..;)..




Walau apapun,Allah swt telah berfirman dalam surah 'Abasa ayat :33-37-to be continued..









No comments:

Post a Comment