AHLAN WA SAHLAN! Anda adalah pelawat ke...

Tentang Diri




Ana dilahirkan pada tahun 1995 Masihi,
di sebuah Hospital swasta yang terletak di Plentong JB,
diberi nama Aliyah yang bermaksud 'Tinggi', 
anak ke 8 dari 10 adik beradik. Berasal dari keluarga yang sederhana. Abah bekerja sendiri dan mengajar agama secara sambilan. Mama pula suri rumah sepenuh masa dan membuat kerja sambilan mengambil upah menjahit pakaian.
Alhamdulillah ana bersyukur kerana punya abah yang begitu tegas dalam didikan agama kepada kami adik-beradik, sehingga suatu saat ana pernah rasa tertekan dengan ketegasannya. Biasalah jiwa remaja yang masih tidak kenal erti kehidupan.
Namun dek kerana hal itulah ana menjadi 'manusia' sekarang ini..


Dari segi sikap pula ana seorang yang agak pendiam, tapi tiba2 boleh bertukar jadi orang yang banyak mulut  bila kena 'team' yang sesuai..
Tidak pandai memasak (maklumlah org ramai kakak katakan)
hanya minat buat kek..InsyaAllah macam mana pun ana akan berusaha untuk pandai memasak..mana boleh perempuan tak pandai masak, betul tak??huhu..
Suka kepada kerja-kerja yang memerlukan kreativiti,
dan meminati bidang jahitan dan kraftangan

sekolah rendah di SK Tanjung Semberong Pt. Raja Batu Pahat.
kemudian mendapat tawaran untuk ke sekolah sains Batu Pahat,
Atas sebab yang tidak dapat di nyatakan, 
ana tidak dapat ke sekolah ini.
 Kemudian di tawarkan pula ke sekolah agama sains di Perak,
Sekali lagi takdir menentukan perkara yang sama..

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.
Apakah hikmah yang terkandung disebalik rancanganNYA,
Akhirnya,ana berhijrah ke Pasir Puteh,Kelantan,
Menuntut ilmu AQ & AS di Unidas Litahfizil Quran(DATQ),
Tempat baru ini mengajar ana apakah kehidupan yang sebenar
Membuka ruang minda yang selama ini buntu,
Kepada hidup yang diredhai menuju matlamat akhir..
DATQ mengajar ana untuk menjadi hambaNya yang solehah,

Semoga segala tarbiyah yang baik di sini akan terus berkesan dalam jiwa ana. Walau selepas keluar dari sini ana berikrar akan terus istiqomah .Semoga ana trus diberi kekuatan untuk melawan segala nafsu yang sering mengajak kepada keburukan.. Ya Allah peliharalah hamba dari segala fitnah dunia dan jadikan lah hamba orang yg bertaqwa agar hamba dapat sentiasa berhati2 dalam setiap langkah kehidupan ini.. 

Mohon pelajar atau bekas2 pelajar DATQ  dapat meninggalkan jejak antum disini ye.. Boleh juga melalui fb ana yg ada di atas ni..
:-)..Jazakumullahkhairan..

Tujuan ana membuka blog ini adalah untuk berkongsi dan mencari pengalaman.. Ana harap sedikit sebanyak artikel yang di masukkan di sini boleh  memberi manfaat pada antum. Kebanyakannya bukan asli dari penulisan ana tapi ana ambil dari sumber2 lain..

Ana masih lagi bertatih,masih kurang ilmu, so harap bimbingan serta sokongan antum serta tunjuk ajar agar ana dapat perbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik..InsyaAllah..


Akhir kata jazakumullahu khairan kathira kerana sudi datang melawat..salam ukhuwah fillah..<3







3 comments:

  1. subhanallah!..
    truskn prjuangn.
    doakn ana skali spy bleh istqmh..:D
    sggh2 la jgk blog ana yg x sbrpe tu..huhu

    ReplyDelete